Tuesday, August 18, 2009


Sunyikah HAWA tanpa ADAM?


Waktu aku tengah lepak2 tengok movie best, tetibe handset aku berbunyi..tandenye ade mesej yang baru masuk..bukak2,baca2..mesej dari member..melihatkan isi kandungannya, membuatkan aku berfikir sejenak..isinye lebih kurang camni lar "salam..buat kaum hawa..pernah x kita merasa sunyi dan kosong tanpa kehadiran seorang adam? soalan ini sekadar pengisian jiwa seorang kaum hawa.." aku terfikir..sunyikah aku tanpa kehadiran salah seorang dari kaum adam di sisiku? 19 tahun aku hidup, belum pernah aku merasakan indahnya hidup ditemani lelaki, dan sememangnya x dapat aku nafikan kadang kala aku turut merasakan kesunyian itu, lebih2 lagi bila melihat teman2 yang dilanda penyakit angau ni..baca mesej pon boleh senyum sorang2, tengah basuh kain pon boleh senyum sorang2..eeii, x paham betul aku..


Berbalik kpd mesej tadi, aku reply,nyatakan pandangan sendiri, aku turut meminta pendapat teman-teman..kemudian, aku dapat kiriman SMS daripada seorang teman yang berkongsi pandanganya.."ya, memang hawa akan sunyi tanpa adam kerana sememangnya hawa memerlukan adam..tapi berlandaskan syariat Islam..hawa akan lemah tanpa adam..tapi, hawa juga akan bertambah kuat kerana adam..so,buatlah keputusan berdasarkan akal,bukan nafsu"..aku amat setuju dengan pendapat member ak tu..hawa memerlukan adam, tapi dengan cara yang diredhaiNya..


Seorang penyair Arab berkata:


Cinta merupakan anugerah takdir,


Pertama kali datang terlihat bak air yang tenang,


Namun ketika seseorang yang bersangkutan menerjuninya,


Tenggelamlah ia di dalamnya, tak tertolong lagi.


Cinta yang bertandang di lubuk hati itu fitrah..namun, apabila ia disusuli tindak-tanduk yang Allah tidak redhai, ia akan bertukar menjadi fitnah..Allah memahami fitrah ini dgn mensyariatkan perkahwinan kpd umat Islam..cara yang halal di sisi-Nya..so, untuk apa aku menikmati cinta sebelum perkahwinan?? hanya merugikan diri jer.." Tapi kadang2 aku tetap merasakan kekosongan. Sedangkan sebenarnya Allah mengosongkan hati kita itu untuk diisi dgn kecintaan kepadaNya, bukan kecintaan kpd manusia. namun, masih ada yang keliru..ada yang tanya," sebenarnya dalam Islam, couple ney boleh ke x ea?".


Menurut satu artikel aku baca, couple ney memang haram..ya,memang fitrah manusia, lelaki tertarik kepada perempuan, begitu juga perempuan akan tertarik kepada lelaki. Tapi dalam Islam, perasaan itu perlu dikawal dan ada batasnya. Pergaulan perlu dijaga. Allah berfirman dalam surah Al-Isra'.surah ke 17,ayat yg ke-32 :


"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah
suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk."


Tapi ada yang jenis alim sket..couple, tapi x pernah jumpe..x mesej2 pown..konon nak jaga adab..siap bagi tazkirah lagi kalau mesej..niat baik lar katenye, nak jaga buah hati..tapi kena ingat, niat tak pernah menghalalkan cara. Yang batil tetap sahaja batil, yang haq tetap haq. Zina hati tetap berlaku. Rasulullah s.a.w. bersabda, mata boleh berzina dgn melihat, lidah boleh berzina dengan bercakap, tangan boleh berzina dengan berpegangan. Kaki boleh berzina dengan berjalan ke arah tempat maksiat. Hati pula boleh berzina dgn merindui, mengingati dan membayangi si dia...Wallahualam..


Dalam satu Riwayat Hakim, Ibn Asakir, al-Dailami, dan lain-lain :


Maksudnya : " Sesiapa yang jatuh cinta, kemudian menyembunyikannya, hingga kematian datang menjemputnya, maka dia adalah seorang yang syahid". Cinta memang menyakitkan, hingga boleh menjadi syahid kepada sesiapa yang berjaya menyembunyikannya hingga ke akhir nafasnya. Dan aku sendiri tdk mampu utk menjadi seperti itu, oleh itu, aku tekad, tidak mahu lagi menyerahkan hati ini kepada mana-mana lelaki..Doa ajaran Rasulullah SAW sama ada utk menepis cinta palsu, dalam Surah al-Furqan, surah ke 25, ayat 74 :


Maksudnya : Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang yang bertakwa.


Ada orang bagi nasihat kat aku.." kejarlah cinta Allah SWT sebelum mengejar cinta lelaki. tanpa reda Allah SWT, andai dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. percayalah. sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. ia hanya meluputkan berkat daripada hidupmu.." Akan aku ingat nasihat orang tu sampai bile2..sebab aku percaya, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik..perempuan yang sedang memperbaiki ahklaknya, akan bertemu dgn lelaki yg juga sedang memperbaiki akhlaknya..dan begitulah sebaliknya..janji Allah SWT dalam Surah al-nur, surah ke 24, ayat 26 :


Maksudnya : Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

0 comments: